Le cucuq udang versi garing


Petang tadi rasa cam malas nk masak heavy2 utk diner, so terciptala cucuq udang ni utk santapan suami dan anak tersayang...walaupun senah rasa cam takder mood nk mkn sendiri...sesambey tu ada lah sahabat fb yg minta resepi ni, so sekali harungla...
Actually masa senah makan gaji dulu , bila ada event yg memerlukan menu ni, mmg senah tak penah sukat, main campak2 asalkan sodap n disukai ramai tetamu hotel..tp sekarang utk tatapan rakan yh tgh pregnant tu n kak mas kat bukit mahkota tu, senah try sukat supaya senang nanti bila nk bancuh cuq udang ni....


RESEPI CUCUQ UDANG


Bahan2: 


3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
sebiji telur gred d
garam, lada sulah dan chicken stok secukup rasa
1 sudu besar rata yis kering
stok udang (kulit udang di kisar dan tapis) secukupnya
udang size sederhana. 20 biji
kucai, taugeh, hirisan bawang besar, daun sup serba sedikit
serbuk kunyit jika suka
minyak utk menggoreng


CARA MEMBUAT:
1.  Air digantikan dgn stok udang(rebusan kulit udang) bagi mendapat hasil yg lebih enak.
2.  Campurkan kesemua bahan2 diatas, dan stok udang di campur sedikit demi sedikit hingga
     mendapat konsistensi batter yg tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2.  Biarkan adunan rehat sehingga tempoh sejam. Panaskan myk dgn kepanasan sederhana,
     rendamkan sudip dlm myk panas, angkat sudip dan calitkan bancuhan tadi nipis di atas
     sudip dan hias dgn udang diatas dan goreng dgn api yg sederhana panas....Utk hasil yg 
     rangup, sentiasa kawal suhu minyak supaya tidak terlalu panas. 




RESEPI KUAH KACANG


Bahan2: 
3 sudu besar myk utk menumis
5 sudu besar chili paste(cili kering kisar)
4 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
200gm kacangtanah yg digoreng tanpa myk dan dibuang kulit, ditumbuk
2 sudu besar air asam jawa
sebatang serai
sebiji buah keras
7 keping biskut marie jika suka(dikisar halus),
gula, garam secukup rasa
2 cawan air


CARA MEMBUAT
1.  Panaskan minyak, tumis hirisan bawang, cili paste yg telah dikisar dgn buah keras, biskut 
     marie, serai yg dititik hingga naik bau.
2.  Masukkan air asam dan air secukupnya, kacang yg telah dikisar, gula dan garam
      secukup rasa.
3.  Biarkn di atas kuali sebentar dan bila telah pekat, tutup api dan hidang bersama 
     cucur udang, sengkuang, telur rebus dan timun jika suka...selamat mencuba


Homemade chocolate


PRALINE
CHOCOLATE PRALINE


Seperti menjadi trend sekarang, chocolate menjadi pilihan ramai utk segala majlis, as a door gift, hantaran kahwin, hadiah dan sebagainya....tapi chocolate kosong jer memang kurang menarik berbanding choc yg ada filling....praline?  Ramai yang konpius bila sebut praline...penah dgr bepang tak?  manisan yg dibuat dr caramelised sugar dimasak bersama kacang dan bijan berbentuk 4 segi panjang...ha  tu la praline melayu.  Bezanya cuma praline ni kita letak sikit heavy cream dan dimasak bersama brown sugar atau gula putih sehingga keperangan(jgn terlalu hangus, nanti pahit).


RESEPI PRALINE


Bahan-bahannya


1 cawan gula
1 cawan gula perang
1/2 cawan heavy cream
4 sudu besar mentega
2 tsp vanilla essence@mocca essence
1 cawan kacang hazel@almond@kacang pecan@kacang tanah tanpa kulit(semuanya dipanggang dlm oven dahulu sehingga keperangan), kemudian dicincang kasar.
aluminium foil 


CARA MEMBUAT


1.  Masak gula dan krim atas api sederhana sehingga gula dan krim 
     menjadi likat seperti gula hangus(kacau dgn senduk kayu berter
     usan).
2.  Tuangkan campuran gula tadi dalam bekas lain, masukkan 
     mentega, vanilla dan kekacang tadi.  Kacau berterusan hingga 
     campuran tadi melikat dan jernih dan sudukan ia di atas 
     aluminium foil dgn bentuk bebola yg kecil.
3.  Jika candy ini cepat membeku, panaskan semula di atas dapur
     dan angkat segera, bentukkan segera.  Simpan dalam bekas 
     kedap udara jika tidak segera digunakan atau curahkan coklat 
     cair ke atas candy ini dan taraaa....jadila coklat praline mengkut
     bentuk yg anda suka(guna coklat mould pun boleh).